Hi! Alhamdulillah finally I'm done with klinik gigi thing. Berjaya juga buang dua gigi bongsu yang tumbuh senget tu. Actually I deal with the pain almost 1 year plus. This year gagahkan diri juga nak jumpa doktor dan buat terus sebab condition gigi tu dah teruk sangat(berlubang & patah separuh like that) Terus cuak & google la apa lagi. Apa kesan dia kalau I still tangguh tak buang buang gigi ni. And the result is bad so I decide tu p jugakla walaupun takot sangat2.
As you can see from the Xtray above kan my both wisdom tooth memang naik senget dan doc cakap dekat dengan saraf.Risiko jugak tapi Alhamdulillah doc I berjaya buang tanpa ada komplikasi apa apa.
Bulan 7 I buat untuk belah kanan dulu sebab buat kat klinik swasta depa cadang buat sebelah2 dulu senang nanti nak makan lagi sebelah tu kan. Waktu first time buat tu cucuk bius 3 kali takot wey rsa cam kena gigit semut dalam mulut. Tapi waktu surgery tak sakit langsung tau tau siap dah cuma tak suka satu ja dengaq bunyi peralatan tu. Rasa cam orang duk mesin rumput dalam mulut HAHAHA.
Waktu surgery belah kanan tu kan sat gila 30 minit ja wey. Lepas dia belah potong tulang sikit, angkat gigi tu semua senang dia kata mungkin sbb dah patah sikit kot hahahha. Doc cuci bagi bersih pastu jahit. Waktu jahit tu pun tak rasa apa cuma rsa jarum sikit tapi tak sakit sebab bius kan. No worries geng.After habis tu yang tak best hahahaha. Sebab first time kan. Takot gila nak makan ke minum ke.Within 24 hours doc tak bagi kumur sebab pendarahan akan berterusan berlaku & kawasan soket cabutan gigi itu menjadi kosong tanpa ada apa-apa(dry socket). Dalam 3-4 hari tu akan jadi tak selesa sakit,bengak tu normal.Letak ice pack kat tepi pipi, tido bantal tinggi sikit & paling penting lepas surgery balik tu makan terus ubat tahan sakit & rehat terus. Makan pula 3-4 hari tu memamg makan sup ja.Kalau jahitan tu terbukak takpa jangan gelabah sebab normal doc kata.Yang penting kena jaga kebersihan dalam mulut waktu tu, gosok gigi kalau takot nak gosok waktu second day tu kumur dengan listerine ke apa ke kan. Bukan kumur kuat kuat tu just bagi lalu je.
Lepas seminggu akan jumpa doc balik untuk bukak jahitan. Waktu nak bukak jahitan tu paling takot sebabnya tak cucuk bius dah dia tarik ja. Tapi tak sakit pun geng. Done, tapi bekas surgery tu ada lubang tau sebab buang gigi kan. So dia amik masa sikit nak tumbuh isi tutup semua bagi elok. I amik vitamin C shaklee as supplement nak bg cepat sikit sembuh.
Bulan 8 baru I buat yang belah kiri sebab malas tangguh dah. Belah kiri ni complicated sikit, amik masa dalam 1 jam & waktu surgery I terasa sakit walaupun dah bius.Doc suspect ada kantung jangkitan dah so dia tak mau korek sangat la kan takot tu saraf ka sbb bila dia sentuh I sakit I dapat rsa. Bengkak sakan jugak la kali ni dahla kena amik vaksin hari ke 5 selepas surgery nasib la sempat baik tak bengkak dah. I memang jaga betui cuma kali ni silap laa p makan ayam jahitan terbukak awai hahahahaha. Okay pasal second surgery ni I mmg consult doc dah kata I nak amik vaksin ni boleh ka surgery. Dia kata 5 hari lagi inshaAllah lega dah sakit & tak demam. Nasib baik la dipermudahkan kalau tak memang I nak cancel dah surgery tu.
So sekian la cita pasal gigi bongsu I. Total cost RM 940; first surgery RM450, Second surgery RM490 sebabnya doc bagi ubat lebih sikit sebab ada infection kan. Paling murah yang I survey. Range klinik ni MSOS RM450-RM800 tak salah I bergantung pada kes gigi. Kalau stay area Kedah boleh la survey klinik ni darulaman.dentalclinic . Rawatan lain dia agak pricey tapi puas hati sebab staff & doc friendly dan terang sampai kita faham. Memang puas hatila. Lepas ni I nak p check gigi berlubang pulak haritu tak check sebab duk kisah ke gigi bongsu tu ja hahhaa. Tahun ni memang tahun jaga gigi jela.
Okies till then. Bye;